Monday, January 20, 2014

NIKMAT VS MUSIBAH

Bismillahirrahmanirrahim...

 first time aku dengaq pasai syurga n neraka time umur 3 taun... time tu otak tak #maced lagi kan... so, aku pon dok bayang yang syurga tu mcm taman mainan.. penuh coklat, penuh mainan, penuh ultraman, penuh power rangers, (haha... power rangers masuk syurga?) emmm... n neraka tu mcm tmpat penuh ngan api... haih.. trok btol dulu...
 
pastu da masuk sekolah baru tau kita tak boleh nak bayang bende2 ni.. coz tak tercapai dek akal kita yang 0.1 titik dari selautan ilmu Allah tu.... so jangan nak try bayangkan... haha... apatah lagi mengaku jadi ahli syurga.... mmg tak malu... haha..

tapi....

sebab tak nak bagi lari dar tajuk yang atas tu... so nak cter sket apa nikmat yang Allah da janjikan kat kita kat syurga nanti *insyaAllah *amin.... dan musibah yang menunggu di neraka Allah itu. *nauzubillah...

SYURGA....
org yang pling cket pahala dalam syurga nanti... Allah bagi tanah seluas dari yaman ke sham... pastu Allah bagi rumah... rumah plak pintu emas.... da rumah pintu emas tak kan dinding playwood je kot. dinding pon emas jgak.. subhanallah.. then, Allah bagi lagi.. 70 org bidadari yg umur sweet 17... tnga ambik SPM lg *yg ni tmbah* ... haha... org ni sangat seronok.. yak yeay yak yeay... dan dia rasa dia la org yg paling dapat banyak nikmat dalam syurga tu... padahal dye pling cket... yg paling banyak pahala.. lagi dasyat la nikmat dia.... 

NERAKA
org yang paling cket dosa dye dlam neraka.. Allah azab dye dngan azab pling ringan kat dalam neraka tu... paling baik dalam neraka tu azab ni la.... pakai selipar bara api neraka... emm.. pakai selipar kat kaki tapi otak menggelegak.... takut tak?.. kalau takut tu bgoh la.... emm.. dalam dia dok jerit kesakitan tu yaaaaaaaaaaaarrrrrrrgghhhhh!!!!!!!.... *bergegar* dia rasa dia la org yang terima azab paling pedih kat situ... padahal tu la azab paling ringan... paling x kejam.... paling x sakit... kat neraka laa...  cuba kalau yang paling banyak dosa dalam neraka tu.. azab dye mmg dasyat bpak la kan.... Nauzubillah

So, agak2 kita ke insan yang paling sikit pahala tu... or org yang terima azab pling ringan tu? nauzubillah... tepuk dada kawan... tanya iman kawan.... haha... 

Akhirul Kalam....
No matter how good we are, how kind we are, how worst we are, there is no comfirmation of where we gonna be placed in the afterlife world,, coz the heaven is not for the kind people, not for ustaz, ustazah or else, but for anyone who Allah loves, so do not be so confident with ours deed... try to be good muslim every day.. can ya?
yes u can!

wallahua'lam

  

Sunday, January 19, 2014

Poetry : Benarkah ku cinta ?

Bismillahirrahmannirrahim ,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang .


Ya RasulAllah ,
Tatkala  bibir ini ,
Mengungkapkan namamu sebagai idola,
Namun sirah hidupmu ,
masih samar-samar dalam benakku,
Selawat keatasmu,
Masih jarang dihias dibibirku,
Sunnahmu,
kadang lupa diamalku,

Ya RasulAllah,
Diri ini benar pelupa,
Kerna sering terleka dunia sementara,
Kerna sering tergoda keindahan alamNya,
Kerna sering mengejar harta dunia,
Padahal tahu ,
Dunia Sementara,
Akhirat jua kekal selamanya .

Ya RasulAllah ,
Benar diri ini merinduimu,
Benar diri ini mencintaimu,
Dan benar diri ini ingin sekali bertemu denganmu,
Namun, aku mula sedar ,
pabila mencintaimu,
hanya mainan oleh si bibir ,
Namun di hati ,
Masih leka dengan dunia ini .

Allahuakbar !!

Sungguh diri ini seperti tidak layak !

Allahuakbar .

Bantu aku untuk lebih mencintaiMu dengan bukan hanya dibibir malah di hati . InsyaAllah .


# Terserempak di twitter , terkesan di hati . Alhamdulillah . 
 
@syedmuhdfadli : "Malu diri ini, ketika menjadikan motivator sebagai idola, 
dan cinta Nabi hanya sebagai penghias bibir."


May Allah Bless You,
May Allah Bless Us.



2246
190114





Friday, January 17, 2014

Mengumpat? Biasa la tu

Sampai bila nak macam ni?

By this second, aku baru ja balik dari pekan. Hanta mak aku. Singgah kejap kat kedai nasi lemak makcik dot dot ni. Tengah sedap menjamu mata dengan lauk2 dia, sekali dia bercakap hilang terus selera aku.

"Hai makcik, pagi buta macam ni da bercerita pasal orang"

Aku diam.
Aku pikir tu lagi baik.
Orang tua ni kalau bebudak macam aku keluar suara dikatanya kurang ajar pulak. *sies rasa nak blah dari kedai tu*

Aku cuba husnozon.
Kang aku pulak yang dapat dosa free pepagi cani.

Deep.

Aku rasa kesian.
Aku rasa sedih.
Aku rasa terkilan.
Aku tak boleh buat apa apa.

"Anak pakcik leman, beli mini copper."
"Nak menunjuk la tu"
"Itu la, keje toreh getah je anak dia tu"
Bla bla bla bla...

Makcik2, kakak2, adek2, kawan2.

Kita ni pompuan.
Orang kata pompuan mengumpat bese la tu.
Orang kata pompuan mengumpat lumrah alam la.
Orang kata pompuan mengumpat tu da kawan baik.

Hufff.

Ada tak orang kata pompuan mengumpat masuk syurga?
Pikir.

Nabi kita kata ahli neraka paling belunggok adalah perempuan!
Tanya diri kita balik.
Kita nak jadi salah seorang yang nabi kata?
*nauzubillah*

Mengumpat tu berdosa *paku ketat dalam otak*
Sama macam ko makan daging sedara ko sendiri.
Ko sanggup?
*astaghfirullah*

Makcik dot dot..
Biar la anak pakcik leman tu beli kereta.
Dia bukan nak menunjuk, dia beli dia guna la, takkan nak simpan bawah bumbung buat pameran je?
Dia tauke getah kan? Sure la banyak duet. Getah mahal.

Aku pikir.

Apa yang seronok bila cakap pasal orang?
Aku pun selalu buat.
Kita sama ja.
Aku tulis sebab aku pikir.
Aku tulis sebab aku sedar.
*alhamdulillah*
Hidayah Allah ni macam2 cara.

Sudah la tu.
Masing2 diberi akal.
Tak payah cerita panjang2.

Kita sama sama buat dosa.
Kita sama sama rasa salah.
Aku tulis ni, aku bajet baik?

Tak.

Kalau kau kena catit.
Aku pun kena jugak.
Sebab tu aku cakap.
Kita sama saja.

Allah tahu.
Allah paham.
Allah dengar.
Allah sayang.
Allah kasih.
Allah tolong.

Maha Suci Allah.

Memang.

Memang kita tak bole halang syaitan hasut kita.
Memang kita tak bole halang syaitan bisik bisik suruh kita buat jahat.
Memang itu kerja dia.
Memang itu hobi dia.

Tapi.
Kita kena ingat.
Sejahat jahat si setan tu, dia akui kebesaran zat Allah.
Seangkuh angkuh si setan tu, dia bersujud pada Allah.

Tapi sayang.
Dia takmo dengar cakap Allah.
Itu kedegilan dia.
Itu yang jd sebab Allah laknat dia.
Itu jugak yang buat dia dapat kerja baru.

Penghasut tegar.

Tapi.

Kita bole benteng diri kita.
Kita bina empangan keliling kita.
Kita dekatkan diri pada Allah.
Amalkan surah2 yang diamalkan Rasulullah.
InsyaAllah.
Allah perkenankan.

Tak susah.
Dengan ungkapan.
"A'zubillahhissami'ila'limmiminasyhsyaithonirrajim"
Sambil masak pun bole sebut.
Sambil tengok tv pun bole sebut.
Sambil tunggang moto pun bole sebut.

"Siapa yang amalkan ungkapan tersebut pada waktu pagi, syaitan tidak akan memasuki rumahnya hingga ke petang dan begitulah sebaliknya"

Easy speak than done.
Aku tahu.
Manusia kan? *pelupa*

Cuba lah, insyaAllah.

0943/180114
Pagi yang cantik, secantik ciptaan.

Aku bukan siapa siapa. Aku juga seperti kamu.
#pendosatanpanoktah

Thursday, January 16, 2014

Biasa la manusia

Elakkan menghukum, cubalah memahami ..

By now, perasan tak? Kalau ada je kes yang jadi kat alam ni kita asyik sangat dengan 'patut' kita. 

As example : 
"Patut la budak tu mencuri, ko tengok la mak bapak dia macam mana"
"Patut la kena rogol, mak bapak dia tak pernah larang anak keluar malam"
"Patut la curi tabung masjid, mak bapak dia tak bagi belanja"

Apa salah ibu yang mengandung?
Apa salah ayah yang menjaga?

"Aku malu, anak aku perompak. Orang kata aku tak reti didik anak"
"Aku malu, anak aku perogol. Orang kata aku tak reti didik anak"
"Aku malu, anak aku pencuri. Orang kata aku tak reti didik anak"

Salah siapa sebenarnya ni?
Salah mak bapak?
Salah individu itu sendiri?
Salah! Salah!
Salah kita yang menghukum.

Pelbagai situasi dah yang jadi. Apa pilihan kita? Mendoakan atau sebaliknya? Kita menghukum yang tak bersalah dengan cara mengkhinzir buta saja. Apa kau tahu dia didik anak ke tidak?

Seketika cuma, bila mana ada satu kes kecoh.
Newsfeed penuh dengan kutukan dan kritikan.
Ruang komen penuh dengan cacian dan makian.
Itu yang di tulis.
Yang di bibir?
Yang terlintas di hati?

"Memang bangsat la budak nih"
"Bagos lah, memang patut mati pun"
"Keturunan mana budak nih, memalukan betol"

*ini dari aku*
Ko komen mcm tu, keturunan ko pon macam ko eh?
Iman yang sebaik baik itu pun tidak boleh di bagi bagi, apakan ini benda tidak ada baiknya Allah beri izin di kongsi kongsi?
Kalau macam nih tujuh keturunan jatuh saham!

Bawa diri kita depan cermin. Tenung mata sendiri sedalam mungkin. Tanya diri kita, siapa kita sebenarnya? Sudah tersediakan tempat kita di sisi Dia?
Memang tak mati pun kalau komen atau cuma klik like di situ..
Sejenak fikir,
Berapa banyak jiwa yang mati kerana kita?

"Sesungguhnya setiap muslim itu bersaudara"
Berkasih sayang lah kita. Sedangkan di awal setiap perbuatan itu harus dimulakan dengan Rahman dan Rahiim.

Pengasih
Penyayang

Semoga menyayangi dan disayangi.

0802 / 170114
Pagi yang indah, seindah ciptaan.

Aku bukan siapa siapa. Aku juga seperti kamu.
#pendosatanpanoktah


Tuesday, January 14, 2014

Tak kenal ? macam mana nak cinta plus rindu ?!

Bismillahirrahmanirrahim ~
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Let's start with this

" Barang siapa mencintai sunnahku, 
bererti dia mencintaiku,
dan orang-orang yang mencintaiku, 
kelak akan masuk syurga bersama-samaku." 

Allahurabbi, siapa yang tak nak ni ? 
kalau tanya adik aku pon dia cakap 
"mestila nak"
nak ke ? ada gaya macam nak ?
Ko jangan nak tipu la kalo sunnah nabi pun ko susah nak buat!
"Ko gosok gigi ke tak sebelum wudhuk?"
"alah sunnah je pun , tak payah nak kecoh satu alam ,
 bukan dosa kalau tak buat"

-iklan jap-
Ada satu kisah, seorang sahabat bertanya kepada baginda SAW..
"Seorang sahabat ada yang menanyakan tentang bersiwak sebelum solat"
Baginda Rasulullah SAW menjawab..
"Seandainya tidak akan memberatkan umatku, akan aku perintahkan mereka untuk bersiwak atau menggosok gigi setiap kali mereka hendak solat"
-berat sgt ke bnda ni utk kita kalau nak di bandingkan dengan pengorbanan baginda untuk kita sebelom ni-
#renungrenungkanlah

Allahu'
Pernah tak terkeluar dari mulut ,
mahupun terlintas dari hati kalian , sahabat?
nauzubillahiminzalik
minta dijauhkan
istighfar*

come here , let me tell you .



Hendaklah kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. 

1.Tahajjud

 Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2. Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. 

Sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan tafsirnya sekali. 
Amalkan selepas solat Subuh.

3. Jangan tinggalkan masjid 

Terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4.Jaga solat Dhuha 

Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari.
 Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu   mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

6. Jaga wudhu

kerana Allah menyayangi hambaNya yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

7. Amalkan istighfar setiap saat.

Dengan istighfar masalah akan ALLAH selesaikan dan dosa kita akan diampunkan oleh Allah. 

_Dipetik dari (cewahhh)
   Mr. Internet aka pakcik google ;)

Walaubagaimanapun, mungkin sukar untuk kita (manusia*pelupa*) nak mengamalkan 7 perkara yang disebutkan di atas dalam kehidupan seharian kita. *alahai skema la pulak*.

Tapi, kita boleh berusaha. Allah sukakan hambaNya yang selalu berusaha, kan?.

Maka dengan itu, kita mula dari basic. Simple. SENYUM. Ya Allah! Kacang goreng je! Apa la yang susah sangat nak senyum ha? *rasa mcm nak typing je sume teori sains segala bagai tuh, tp buang masa je*

Nak tau? Meh nak habaq. Rasulullah selalu senyum. Dah la hensem, kacak, pehtu senyum lagi.. perghhhh.. memang cair lah! *over sikit* Bahkan, baginda mengatakan yang senyum ni merupakan bahan lumba untuk buat kebaikan. Ya Allah, susah ke?

~ It is good to share our smile its an ibadah and sunnah Rasulullah , it is sodaqoh to share our life , strengthen ukhuwah unite our ummah . smile always , give a smile , smiling is the way of islam ~
- lagu sapa ntah, hee-

Katamu cinta,
Katamu rindu,
Katamu damba syafaatnya,
Namun mengapa masih di takuk yang sama ?
Atau ia hanya luahan yang sering dilontar si bibir,
Namun hati masih seperti botol kosong,
yang hanya menunggu di isi air tanpa usaha ?

Kita yang menentukan ,
Salah ! salah !
Kita merancang , Allah yang menentukan .
and remember ,
 Allah's plan is the best , the greatest
 and the most wonderful in this universe !

SubhanAllah !
Alhamdulillah !
Allahuakbar !

InsyaALLAH,
May Allah Bless You.
May Allah Bless Us.

Assalamualaikum . :)

1209
150114
Ikutkan hati banyak lagi yang nak di kongsikan , tapi post ni pun da berjela panjangnya.
Hasil keluaran dari dua individu , dua kepala , dua otak dan dua cetusan idea. tapi, yang pasti sepasti-pastinya.. kami..
HambaHina.

#pendosatanpanoktah

Sunday, January 12, 2014

sakit penghapus dosa :))

bismillahirrahmanirrahim..


make dua' praise Allah our iman will grow insyaAllah we will go far there is a long way to go we pray solat it's from the heart love will keep us whole and when you're feeling down you know the way to go.
#trustinAllahsong(saif adam)   

Allah berfirman dalam kalamNya :
" tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beiman kepada Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

sebagai pendosa tanpa noktah, kita ni memang tak pernah leka dari melakukan dosa, maka Allah dengan penuh rasa sayang dan rindu kepada hamba Dia , Dia menjadikan sakit itu sebagai satu terapi mudah untuk menghapuskan dosa kita.

okay, tu baru mukadimah .. hehe ^^

Rasulullah SAW bersabda : 

Apabila seseorang mukmin itu sakit , Allah mengutuskan 4 malaikat datang kepadaNya ...

1. Malaikat pertama datang dan ambil kekuatan hingga dia menjadi lemah tak terdaya.
2. Malaikat kedua datang dan ambil rasa lazat dari mulut dia hingga hilang selera makan dia.
3. Malaikat ketiga datang dan ambil cahaya pada wajah dia hingga menjadi pucat lesi.
4. Malaikat keempat datang dan ambil semua dosanya hingga si pesakit itu suci dari dosa.

Bilamana Allah inginkan kita sihat dari sakit yang kita benci Allah perintahkan malaikat 1,2 dan 3 untuk pulangkan balik apa yang da diambil tapi sayang malaikat ke4 ni Allah tak suruh pun dia bagi balik apa yang dia dah ambil dari kita.

Allahuakbar !!

Allah Maha Penyayang , Dia tak pernah berkira dengan hambaNya. Berapa banyak dosa dah kita buat ha? Allah tak pernah jemu pun dok tunggu kita bertaubat. I'm repeat it. Tak Pernah!!

Hari ni Allah turunkan hujan lebat kat kita, tapi kita mengeluh "Haihh, hujan pulak. Rosak plan petang nih"
Sedangkan tu rezeki dan rahmat untuk manusia.

Esoknya Allah bagi kita sakit, tapi kita mengeluh "Haihh, demam pulak dah, pening selsema bla bla bla bla".
 Sedangkan tu ejen penghapus dosa untuk manusia.
In fact kita kena bersyukur tau!



Tau apa malaikat tanya kat Allah ? 
Malaikat tanya kat Allah kenapa dosa-dosa kita tu Allah tak bagi balik kat kita. Then Allah jawab : 
" Tidak baik bagi kemuliaanKu jika Aku kembalikan dosa2nya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut".

Subhanallah!!

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"

sometimes Allah takes everything from us, so that we will turn to Him, and sometimes Allah places certain people who let you down in your life to teach you that you should never depend on anyone else but solely for Him.
So then, trust in Allah :))


What You Give You Will Get Back,
May Allah Bless You,
May Allah Bless All Of Us,
Aamiin~
1131 / 120114

Friday, January 10, 2014

Post ni tak ada tajuk . okbai.

Bismillah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Setiap muslim itu adalah bersaudara .

Dan setiap  yang bersaudara itu perlu menyebarkan kasih sayang kepada saudaranya .

Dan pabila lahir kasih sayang antara kita , maka lahirlah rasa cinta pada agama ,

Dan pabila lahir rasa cinta pada agama , maka mudahlah kita untuk menyebarkan syariatnya .

Bukan berdakwah yang diperlihat , tetapi kasih sayang pada peringkat pertama .


Allahuakbar !



Teringat satu kisah Imam Hassan Al-Banna ni yang diceritakan oleh Inche Memberku (May Allah bless you)

Mula-mula dia tanya aku

"Hang agak-agak sekarang ada tak lagi orang nak berdakwah dekat kelab malam ?"

and fikir-fikir balik memang tak ada la kan .
But Imam Hassan did it !

Tapi beliau tak cakap la yang arak ni haram , kelab malam ni haram and yada yada !
There's no such word ' HARAM' . NO !

Apa yang beliau buat ?

Beliau pergi dekat pemuda tu .
cakap elok-elok.
 "abang ada masalah ke?"
"kenapa minum arak? "
"cuba cite kat saya"
"kalau mampu saya tolong"
( version kawan aku )

takdenye dia pegi kat pemuda tadi and terus cakap " woi ! arak tu haram ! baik hang jangan minum . Dosa ! Setitik arak yang hang teguk 40 hari solat hang tak diterima ! " (version sendiri)

Cuba bayangkan . Agak-agak kena ketuk kepala dengan botol  arak tu adalah !

Imam Hassan dekati pemuda tu dengan penuh kasih sayang , penuh berhemah .
Maka , pemuda tadi pun jadi rapat dengan Imam Hassan .
Imam Hassan pun cite keindahan Islam dekat pemuda tadi.
dan THE END .

Kesimpulannya ,

Kita tak layak nak hukum orang ,
Hukuman bukanlah cara penyelesaian yang baik ,
Dan hanya Allah yang layak selayak-layaknya hukum hambaNya.
Bukan kita . Diulang . Bukan .

Dan cara menyampaikan usrah dan tarbiyyah adalah dengan kasih sayang !

Sekian ,

#aku insan yang ingin menikmati cinta manusia (sahabat2) seikhlas hati kernaNya !

Dan berharap suatu hari nanti aku bisa berkata

"Ya sahabat , sungguh aku benar menyayangimu kerana Allah . Uhibbuki fillah abadan abada !
Jumpa di sorga !  *sambil senyum angkat kening double-jerk.

Sumpah !

*err . ada pengaruh Inche Gabbana disini ! _APG_


May Allah bless you,
May Allah bless us.

InsyaAllah.

0148.
040114.