Tuesday, January 14, 2014

Tak kenal ? macam mana nak cinta plus rindu ?!

Bismillahirrahmanirrahim ~
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Let's start with this

" Barang siapa mencintai sunnahku, 
bererti dia mencintaiku,
dan orang-orang yang mencintaiku, 
kelak akan masuk syurga bersama-samaku." 

Allahurabbi, siapa yang tak nak ni ? 
kalau tanya adik aku pon dia cakap 
"mestila nak"
nak ke ? ada gaya macam nak ?
Ko jangan nak tipu la kalo sunnah nabi pun ko susah nak buat!
"Ko gosok gigi ke tak sebelum wudhuk?"
"alah sunnah je pun , tak payah nak kecoh satu alam ,
 bukan dosa kalau tak buat"

-iklan jap-
Ada satu kisah, seorang sahabat bertanya kepada baginda SAW..
"Seorang sahabat ada yang menanyakan tentang bersiwak sebelum solat"
Baginda Rasulullah SAW menjawab..
"Seandainya tidak akan memberatkan umatku, akan aku perintahkan mereka untuk bersiwak atau menggosok gigi setiap kali mereka hendak solat"
-berat sgt ke bnda ni utk kita kalau nak di bandingkan dengan pengorbanan baginda untuk kita sebelom ni-
#renungrenungkanlah

Allahu'
Pernah tak terkeluar dari mulut ,
mahupun terlintas dari hati kalian , sahabat?
nauzubillahiminzalik
minta dijauhkan
istighfar*

come here , let me tell you .



Hendaklah kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. 

1.Tahajjud

 Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2. Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. 

Sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan tafsirnya sekali. 
Amalkan selepas solat Subuh.

3. Jangan tinggalkan masjid 

Terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4.Jaga solat Dhuha 

Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari.
 Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu   mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

6. Jaga wudhu

kerana Allah menyayangi hambaNya yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

7. Amalkan istighfar setiap saat.

Dengan istighfar masalah akan ALLAH selesaikan dan dosa kita akan diampunkan oleh Allah. 

_Dipetik dari (cewahhh)
   Mr. Internet aka pakcik google ;)

Walaubagaimanapun, mungkin sukar untuk kita (manusia*pelupa*) nak mengamalkan 7 perkara yang disebutkan di atas dalam kehidupan seharian kita. *alahai skema la pulak*.

Tapi, kita boleh berusaha. Allah sukakan hambaNya yang selalu berusaha, kan?.

Maka dengan itu, kita mula dari basic. Simple. SENYUM. Ya Allah! Kacang goreng je! Apa la yang susah sangat nak senyum ha? *rasa mcm nak typing je sume teori sains segala bagai tuh, tp buang masa je*

Nak tau? Meh nak habaq. Rasulullah selalu senyum. Dah la hensem, kacak, pehtu senyum lagi.. perghhhh.. memang cair lah! *over sikit* Bahkan, baginda mengatakan yang senyum ni merupakan bahan lumba untuk buat kebaikan. Ya Allah, susah ke?

~ It is good to share our smile its an ibadah and sunnah Rasulullah , it is sodaqoh to share our life , strengthen ukhuwah unite our ummah . smile always , give a smile , smiling is the way of islam ~
- lagu sapa ntah, hee-

Katamu cinta,
Katamu rindu,
Katamu damba syafaatnya,
Namun mengapa masih di takuk yang sama ?
Atau ia hanya luahan yang sering dilontar si bibir,
Namun hati masih seperti botol kosong,
yang hanya menunggu di isi air tanpa usaha ?

Kita yang menentukan ,
Salah ! salah !
Kita merancang , Allah yang menentukan .
and remember ,
 Allah's plan is the best , the greatest
 and the most wonderful in this universe !

SubhanAllah !
Alhamdulillah !
Allahuakbar !

InsyaALLAH,
May Allah Bless You.
May Allah Bless Us.

Assalamualaikum . :)

1209
150114
Ikutkan hati banyak lagi yang nak di kongsikan , tapi post ni pun da berjela panjangnya.
Hasil keluaran dari dua individu , dua kepala , dua otak dan dua cetusan idea. tapi, yang pasti sepasti-pastinya.. kami..
HambaHina.

#pendosatanpanoktah

No comments:

Post a Comment