Monday, December 30, 2013

berakhir sudah ...


Bismilahirahmanirahim .. 

AHLAN WASAHLAN 



SELAMAT TINGGAL 


2013 taught me a lot , give me much good and bad experiance , a little pain , a bitter problems , a sweeter memories , a lucky day , a bad day , upset , sick , afraid and love *maybe* . i realized . everything had done with Allah willing . Allhamdulillah . Good time come and go , but surely the memories created will never last forever .. In Syaa Allah ..

2014 with a new year , a new beginning , a new spirit , a new resolutions , a new dreams , a new hopes ,   trying to change to be a better muslim . a good daughter . a good sister . a good friend . a good niece . a good grandaughter . a good cousin . a good partner . a good slave of Him . May Allah grant us another chance to meet 2014 . If Allah Willing . aamiin ~




" TURN A NEW PAGE AND START A NEW DAY "
#mayAllahbless :)





Hidayah tu hak sape huh ??



HIDAYAH MILIK ALLAH DERRR...


Bismillahirrahmanirrahim

Hari Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, yaitu diantara orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka: "Kami telah beriman", padahal hati mereka belum beriman; dan (juga) di antara orang-orang Yahudi. (Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu; mereka merubah perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. Mereka mengatakan: "Jika diberikan ini (yang sudah di rubah-rubah oleh mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini maka hati-hatilah". Barangsiapa yang Allah menghendaki kesesatannya, maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatupun (yang datang) daripada Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak hendak mensucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar.
(QS: Al-Maidah Ayat: 41)

sadoqallahula'zim
 




ayat di atas ni tidak lah diturunkan untuk hanya dibaca., bukan hanya untuk ditilawahkan, bukan hanya untuk dilagukan dengan merdu, tapi juga sbagai peringatan buat aku, hang kamu awak you anta anti antum untk jadikan pedoman agar terus dalam redha Allah ; Rabbi, Rabbuka wa Rabbula'lamin

oke2 cukup ayat2 skema nih. berdasarkan ayat dari surah Al maidah ayat 41 ni kami tak nak huraikan yang hat panjang2 tu pasai kami pon dok blur lagi. so nak hurai yang hujung tu ja
     
 ". Barangsiapa yang Allah menghendaki kesesatannya, maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatupun (yang datang) daripada Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak hendak mensucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar."

setelah menelaah beberapa bahan bacaan *sambil tersengguk* , kami paham yang ayat ni menjelaskan yang sapa2 yang Allah nak dia dalam kesesatan, maka orang lain tak akan sesekali dapt tolong dia keluaq dari kesesatan tu. setakat ni faham kan?? kan?? so kami dok pikiaq napa Allah nak biaq orang tu dalam kesesatan tanpa sebab.? hum. rupanya dah dijelaskan kat awal ayat ni. orang2 yang Allah nak dia dalam kesesatan tu adalah orang yang memang menunjukkan kekafiran dia n menerima kebatilan. sebab ap dia terima kebatilan? mesti sebab kebatilan tu memenuhi selera dia, memenuhi nafsu serakah dia kan. So, kebatilan tu akan menyebabkan hati2 depa ni dipenuhi noda2 hitam lagi melegam lalu menghijab gumpalan darah yang menjadi raja hati tu dari menerima cahaya kebenaran. hum... Awat wat muka borink? kena batang hidung sendiri ka? haha.. 

bila hati dah dihijab macam mana hidayah Allah nak sampai. So untuk keluarkan kita dari kelompok ni. selalulah sucikan hati, tolak kebatilan dan isytiharkan keimanan kita. sentiasalah beristighar dan zikir qalbi untuk hapuskan karat2 di persisir hati kta tuh!


 

Khulasatul qaul,
Jagalah hati jangan kau nodai,
jagalah hati cahaya hidup ini,
dan kalau kita rasa tiba2 nak jadi baik, percepatkan proses nak jadi baiktu, sebab tu lintasan hidayah Allah. rugi bapak la klau tak ambik.
sebab apa? hang sure ka yang hang boleh nak rasa jadi baik lagi esok, lusa, tulat? tak tentu lagi derr... coz hidayah tu milik Allah, bukan ikut kita je.

Wallahua'lam

al kisah pasai bawang ..

apabila mak berbicara .. 

assalamualaikum .. 
tengah hari tadi macam selalu , aku tolong mak masak kat dapur . *bkn nak cakap rajin , tp memang pon* hee . oke sies . habis blander cabai , mak suruh ambek bawang , katanya nak masukkan dalam masak merah ayam tadi , aku pun pegi la ambek . as usuall , aku akan pilih bawang yang besar , lawa , elok , molek segala bagai tu lah .. ak pon bawak pegi dekat mak , dengan bangga dan seronoknya aku bagi dan aku cakap ..

" mak , nah ! akak pilih yang terbaekk punyerr !! " *kenyih tayang gigi*

aku tengok mak senyum ja . oke , mak memang macam tu pun , tak berapa nak layan perangai sewel anak dia nih . mesti mak tertunggu tunggukan bila la anak dara dia yang sorang nih nak matang . heee . -_-" 
oke , aku pun tarik kerusi , duduk depan mak . tongkat dagu dengan khusyuknya tengok tangan mak yang laju aje kupas kulit bawang tuh . kalau aku mau tak 10 minit nak kupas , hee . aku bangga bila tengok bawang yang aku pilih tu pink kemerahan , cantekk !! aku angkat kening bila mak pandang aku . hee . mak cuma menggeleng . 
pastu , mak pun belah tengah bawang tuh .. aku terkejut bila tengok bahagian dalam bawang tu busuk *means tak elok la* dahi aku berkerut , tapi mak tersenyum ..

" mak , tak elok la bawang tuh , buruk ! ish , luar punya la lawa elok molek dalam busuk hitam pulak tuh naseb tak berulat ja, meh la akak buang , ambek yang baru " 
" bawang ni pun macam orang la " kata mak , aku tak jadi bangun .. 
masih tunggu mak sambung bicara .. mak senyum lagi ..

" kita pandang orang molek sokmo , baik , pegi masjid hari hari , join usrah sana sini , tapi kita tau dalam depa tu mcm mana ?" aku terdiam . *betoi jugak tuh*
mak sambung lagi .. 
" mak bukan nak kata orang , tapi akak nanti mcm tu jugak . pikir dulu sebelom buat keputusan , jangan senang sangat pecaya kat orang . tgok molek dah , bg kepercayaan kat dia mcm tuh ja , mak taknak anak mak nyesal nnti , mak pun taknak anak mak jadi mcm bawang nih . luar lawa , dalam buruk " *aku angguk tanda paham*

" mak taknak buang bawang tu ?" aku tanya lagi ..*mak geleng je* . aku garu kepala . err ...
" buat apa nak buang , luar dia kan elok lagi . " *mak diam kejap* " nanti bila akak jumpa situasi mcm ni , akak jgn cepat melatah , ambek masa untuk pikir , bkn pikir untuk buang dia , tp pikir mcm mna nak jadikan dalam dia sama macam luar dia , akak dah besar , akak tau kan apa mak cakap ?" mak pandang aku , *aku angguk* walaupun still ada tanda soal dalam kepala . aku sambung tengok mak , mak buang bahagian dalam yg buruk tu , then ambek bahagian luar dia ... *oke , aku dah paham*



aku fikir .. kalau la kat dunia nih ada mesin modifikasi muslim yang macam kat kilang tuh , yang bila masuk mesin tu perangai macam hantu , tp bila keluar dari mesin tu kalah tok imam masjid .. kalau la ada .. tp , Allah maha Mengetahui , Dia tahu apa yang Dia buat , Dia nak kita berusaha untuk jadi baek , Dia bagi kita pilihan either good or bad . kita yang kena buat pilihan .. your life your choice .. kn ? jangan risau , nak jadi baek luar dalam memang payah , susah yang amat , tp mula mula ja pahit , lama lama nnti manis lah :) 
" ALLAH DOES NOT BURDEN A SOUL BEYOND IT CAN BEAR"



 akhirul kalam ..
" kalau nak baiki dunia , kita perlu baiki manusia . Dan untuk baiki manusia kita perlu baiki hati dia . Dan untuk baiki hati dia , kita perlu bermula untuk baiki solat dia " 
everything starts from solat .. 
kalau sempurna , insyaAllah baiklah dia ...

#chuckytalks:)  
#peringatanuntukdirisendiryangdaiflagihinadanuntuksemua



bilamana solat tak terkesan di dasar hati ...

hasanah dunia vs hasanah akhirat 

in the of Allah the most gracious and the most merciful ..

amende tajuk atas tuh ? macam pelik jer .. haha .. now let me tell u .. 
hasanah dunia means kebaikan yang kita dapat waktu dok menyewa kat dunia nih .. hasanah akhirat pulak amende ? hum .. hasanah akhirat tuh means kebaikan yang kita dapat kat akhirat nanti lah ..
" errr .. bole tak kalo kita samakan hasanah dunia dengan fardu kifayah ? manakala hasanah akhirat pulak dengan fardu ain ? "
hum , bukan la nak kata tak bole , tapi kurang sinonim .. meh kita pikiaq dalam2 sikit ..
soal fardu ain macam solat , puasa , zakat and lain lain tuh if we done in a right way surely akan menjamin
ketenangan hati , kedamaian hidup berkeluarga dan keharmonian hidup bermasyarakat .. from that pon da kira hasanah dunia sebab kita dah nikmati benda tuh kat dunia lagi ..
soal fardu kifayah macam dalam bidang ekonomi , politil , ketenteraan , teknologi dan lain lain , kalo kita laksanakan dengan betol , mengikut kehendak syariat dan kita buat dengan penuh keikhlasan dalam hati , reality nya dah menjadi satu amal soleh and that's it hasanah akhirat bukan ?

jom diving dalam lagi ..
apa kita sedar hakikatnya soal fardu ain dan fardu kifayah kita masih belom selesai ??
fardu ain tuh merupakan satu tapak , manakala fardu kifayah tulah bangunan yang didirikan di atas tapak tuh .. bangunan yang kita bina akan jadi lemah kalau tapak kita bermasalah .. (tanah runtuh , bangunan roboh) ..
kita ambik bidang ekonomi sebagai contoh , why our economy are down ?? , ada pihak cakap sebab sikap monopoli segelintir bangsa melayu yang kaya raya , ada jugak yang habaq kata benda ni jadi sebab rasuah , malas , boros dan tamak .. well , kita sedar tak yang sebenarnya benda nih bole kita atasi dengan laksanakan solat dengan khusyuk . apa kita lupa ? solat itu mencegah kemungkaran . termasuklah kemungkaran dalam bidang ekonomi sekalipun !!
" errr .. jadinya orang yang mantap fardu ain je yang dapat betulkan fardu kifayah ?? "
InsyaAllah .. tapi , kalo kita tengok sekarang nih , ada je kan orang2 yang alim , tapi perniagaan depa lingkup .. kenapa pulak ?? in this case maybe sebab ada something wrong pada solat dia yang bagi impak besar dalam perniagaan yang dia usahakan ..

jangan stop lagi , ada lagi yang kita kena tahu ..
kita sedar tak yang solat nih actually melahirkan output positif dalam diri kita ?
kalo kita jaga solat kita dengan sempurna , maka akan terserlahlah kelakuan kelakuan yang baik hasil daripada solat kita tadi tuh ...
dapat kita ringkaskan macam nih .. solat adalah satu proses yang melahirkan output positif dalam perlakuan manusia . solat merupakan latihan untuk memfokuskan hati bagi mengingatkan kita pada yang satu . solat jugak melatih kita untuk sentiasa menepati waktu , mendisiplinkan diri , menjaga kebersihan dan lain lain nilai murni yang baik ..
tapi , pelik jugak sebab ramai ja yang solat , tapi tak berdisiplin langsung ! janji pun tak bole dipegang ! kata2 dia pun takleh nak dipercayai .. kenapa pulak ??
itu sebabnya , solat dia langsung tak terkesan di hati dia .. means , rasa kehambaan dia tuh bukanlah takde , tp mungkin kurang .. rasa kehambaan ni mcm rasa kagum , hina , takut , harap dan malu seorang hamba ketika dia menyembah penciptanya dalam solat.. tanpa rasa kehambaan kita umpama jasad tanpa roh ..

sah ke solat macam tadi tuh ??
boleh jadi ianya sah , tapi tak terkesan dalam hidup dia ..
kerana hanya solat yang khusyuk dan penuh rasa kehambaan yang akan memberi kesan kepada keperibadian seseorang ..

jadi kawan2 ..
ingatlah . solat tu penting . sangat penting !!
assalamualaikum ..



#asharefrombedukdiketuk'sbook :)

dia juga makhluk seperti kamu ..

sekadar perkongsian (^_^)

# JGN BUNUH SEMUT! ~







kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah .. "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat".. 

Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran ^^ Cintai Rasulullah s.a w. dengan mengamalkan segala sunnahnya...



~ copypaste ~

much love ..

love is ' something ' we never easy to let go ..


assalamualaikum ..

firstly ..
jom sama sama kita renungkan kembali pada arah mana perasaan cinta kita bermula ? harapnya biarlah rasa yang suci itu solely pada Dia . sungguh aku tak tipu , tiada ketenangan yang dapat digambarkan kecuali dengan melabuhkan tirai rindu kita pada Dia dan mengizinkan hati kita mencintai Dia .
biarpun kita masih bertatih dalam menggapai cinta Dia , Allahu Rabbi . Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui . luahkan segala rasa rindu yang tersembunyi dalam hati kita pada Dia dengan bermunajat kepada Dia pada sepertiga malam  ..
In Syaa Allah ..
hati kita akan terasa indah ..



secondly ..
perhatikan dan berfikir sejenak , selama kita menyewa di muka bumi Allah S.W.T apa kita pernah melihat dan bertanya pada diri kita sejauh mana kita mencintai Rasulullah S.A.W ?
pernah tak kita sedar bahawa bukti cinta sebenar pada baginda ialah menlaksanakan segala yang diperintahkan oleh baginda kepada kita ..
REMEMBER baginda merupakan insan yang telah menyelamatkan kita dari kesesatan . maka . ikutilah sunnahnya dan taatilah petunjuk yang dibawa olehnya .

akhirul kalam ..
kawan2 ..
engatlah selalu , bilamana kita menginginkan kedudukan yang tinggi di dalam syurga Allah .. suatu hadis daripada Rasulullah S.A.W ada berkata ..

   "Seseorang itu akan di himpunkan bersama dengan orang yang di cintainya" 
    (Hadis Riwayat Al-Bukhari) ..

sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri dan sahabat ..

la tahzan ;)



we cannot buy our old time ...

Disetiap pertemuan , pasti ada perpisahan :)


bismillahirahmanirrahim ..  

aku yakin setiap perpisahan yang kita hadapi dalam hidup ni pasti ada hikmahnya kan ?
macam omputeh cakap . everything happen for a reason . 
sedikit sebanyak lepas habis sekolah nih , aku mula celik yang Allah dah aturkan sesuatu yang indah dalam hidup setiap hamba-Nya . 
perpisahan yang baru aku alami rupa2nya , satu ruang untuk rasa rindu hadir diantara aku dengan kawan2 .dan rasa rindu tu adalah penguat mahabbah antara kami semua , 




masih kuat dalam kepala nih kenangan masa kat sekolah dulu .. especially masa first time masuk smka kerian . wah2 . sangat annoying ..
dengan muka temboknya pergi sekolah dengan tudung pendek , stokin putih bagai . tu sume kenangan . dulu ukhwah kami terok . sgt2. aku rasa nak pindah ja dari sekolah tu . tp, makin lama makin aku rasa seronok .. rasa manisnya ukhwah kami . hari2 pegi sekolah naik turun tangga sama sama , pegi d.m sama2 . pegi surau dengar kuliah , mengaji , solat berjemaah , solat hajat . yang paling seronok bila buat zikir wahdah . terasa ukhwah sangat la hebat . kawan2 kat sana , baek2 belaka , wahh . rindu sangat nak kembali zaman dulu .. harapnya dapat jumpa lagi .. 



akhirul kalam ..
setelah penat membebel nih .. 
kawan2 . do appriciate anything with you now , who knows one day you will never see it again . remember . Allah has arraged us a good day for us to face .. 

assalamualaikum :) 



Mencari redha Ilahi

keep walking , searching for a shine ...








sila lihat ayat yang tertulis di sebelah situ , bukan gambarnya ..
seperti yang kita sendiri dah maklum , easier said than done  right ? memang susah nak taubat , tak tipu . orang sekarang lebih banyak ' tau buat ' berbanding ' taubat ' . sampai bila kita nak macam nih ?  bukanlah nak perlekehkan orang di luar sana , tp ini fakta dan peringatan untuk diri aku juga diri kalian . aku kesal , setiap pagi orang masih boleh bergelak tawa walaupun solat subuhnya entah kemana . aku kesal bila pagi seorang lelaki itu adalah pagi yang menyadarkan dia dari mabuknya , aku juga kesal bilamana pagi seorang perempuan itu adalah menjadi pagi bagi dia pulang kerumahnya dengan pakaian yang seketat ketatnya . aku sendiri masih terkial kial , mencari secebis kekuatan untuk aku sendiri menghadapi situasi seperti ini kelak . aku masih di kampung , masih boleh menghirup udara yang segar , masih boleh melihat anak anak perempuan menyarung manis tudung di kepalanya .. masih boleh mendengar deruman moto moto pakcik2 kat sini untuk ke masjid . Alhamdulillah . sungguh aku bersyukur . 

disini , bukanlah nak membebel , bukan jugak nak menegur , tetapi nak memperingatkan .. sebab dalam al-quran ada menyebut ..  

        "Maka berilah peringatan, sesungguhnya kamu hanyalah orang-orang yang memberi           peringatan" (Al-Ghasiyah:21)

Allah rindukan kita . sungguh aku tak tipu . lillahi ta'ala . setiap ujian yang kita hadapi tu lah tanda tanda yang Allah sedang rindu kat kita ..
sujud ditikar sejadah menjadikan kita insan yang mengakui doa yang telah kita lakukan terhadapnya ..
esakan tangis yang kita adukan takkan menjadi pengubah kepada sejarah yang lalu ..
tapi satu yang pasti .. menghimpunkan kesalahan diri pada Dia yang satu .. 
yang akan meyakinkan ketaubatan pada-Nya ..
cukuplah sekadar rasa kesal atau keinsafan yang ada dalam jiwa kita - alhamdulillah- 
kerana itu tandanya bahawa masih ada secebis cahaya iman dalam diri kita .. 
In Syaa Allah ..

last but not least ..

you can choose to be good ,
as much as you can choose to be bad .
semua hak masing-masing ,
hak kita sendiri ..

akhirul kalam ..

        " tiap2 jiwa pasti akan merasakan mati .. dan kami menguji dengan keburukan dan kebaikan ,
           dan kepada kami kalian dikembalikan "
                                                                                         (ayat 35 , surah al-anbiyaa' )

jadi kawan2 , selagi kita ada nafas nih , tuhan pasti akan duga kita . baik kita di dunia nih , tak menjanjikan apa2 , berusahalah untuk buang segala sifat mazmumah yang ada dalam diri , dan perlahan2 cuba untuk semai sifat mahmudah dalam sanubari .. ;)
ENGAT !! syurga itu luas .. siapa penghuninya kelak , bukan pada tangan kita untuk agihkan tiketnya (^_^)