Thursday, January 16, 2014

Biasa la manusia

Elakkan menghukum, cubalah memahami ..

By now, perasan tak? Kalau ada je kes yang jadi kat alam ni kita asyik sangat dengan 'patut' kita. 

As example : 
"Patut la budak tu mencuri, ko tengok la mak bapak dia macam mana"
"Patut la kena rogol, mak bapak dia tak pernah larang anak keluar malam"
"Patut la curi tabung masjid, mak bapak dia tak bagi belanja"

Apa salah ibu yang mengandung?
Apa salah ayah yang menjaga?

"Aku malu, anak aku perompak. Orang kata aku tak reti didik anak"
"Aku malu, anak aku perogol. Orang kata aku tak reti didik anak"
"Aku malu, anak aku pencuri. Orang kata aku tak reti didik anak"

Salah siapa sebenarnya ni?
Salah mak bapak?
Salah individu itu sendiri?
Salah! Salah!
Salah kita yang menghukum.

Pelbagai situasi dah yang jadi. Apa pilihan kita? Mendoakan atau sebaliknya? Kita menghukum yang tak bersalah dengan cara mengkhinzir buta saja. Apa kau tahu dia didik anak ke tidak?

Seketika cuma, bila mana ada satu kes kecoh.
Newsfeed penuh dengan kutukan dan kritikan.
Ruang komen penuh dengan cacian dan makian.
Itu yang di tulis.
Yang di bibir?
Yang terlintas di hati?

"Memang bangsat la budak nih"
"Bagos lah, memang patut mati pun"
"Keturunan mana budak nih, memalukan betol"

*ini dari aku*
Ko komen mcm tu, keturunan ko pon macam ko eh?
Iman yang sebaik baik itu pun tidak boleh di bagi bagi, apakan ini benda tidak ada baiknya Allah beri izin di kongsi kongsi?
Kalau macam nih tujuh keturunan jatuh saham!

Bawa diri kita depan cermin. Tenung mata sendiri sedalam mungkin. Tanya diri kita, siapa kita sebenarnya? Sudah tersediakan tempat kita di sisi Dia?
Memang tak mati pun kalau komen atau cuma klik like di situ..
Sejenak fikir,
Berapa banyak jiwa yang mati kerana kita?

"Sesungguhnya setiap muslim itu bersaudara"
Berkasih sayang lah kita. Sedangkan di awal setiap perbuatan itu harus dimulakan dengan Rahman dan Rahiim.

Pengasih
Penyayang

Semoga menyayangi dan disayangi.

0802 / 170114
Pagi yang indah, seindah ciptaan.

Aku bukan siapa siapa. Aku juga seperti kamu.
#pendosatanpanoktah


No comments:

Post a Comment