HIDAYAH MILIK ALLAH DERRR...
Bismillahirrahmanirrahim
Hari Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, yaitu diantara orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka: "Kami telah beriman", padahal hati mereka belum beriman; dan (juga) di antara orang-orang Yahudi. (Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu; mereka merubah perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. Mereka mengatakan: "Jika diberikan ini (yang sudah di rubah-rubah oleh mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini maka hati-hatilah". Barangsiapa yang Allah menghendaki kesesatannya, maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatupun (yang datang) daripada Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak hendak mensucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar.
(QS: Al-Maidah Ayat: 41)
sadoqallahula'zim
ayat di atas ni tidak lah diturunkan untuk hanya dibaca., bukan hanya untuk ditilawahkan, bukan hanya untuk dilagukan dengan merdu, tapi juga sbagai peringatan buat aku, hang kamu awak you anta anti antum untk jadikan pedoman agar terus dalam redha Allah ; Rabbi, Rabbuka wa Rabbula'lamin
oke2 cukup ayat2 skema nih. berdasarkan ayat dari surah Al maidah ayat 41 ni kami tak nak huraikan yang hat panjang2 tu pasai kami pon dok blur lagi. so nak hurai yang hujung tu ja
". Barangsiapa yang Allah menghendaki kesesatannya, maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatupun (yang datang) daripada Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak hendak mensucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar."
setelah menelaah beberapa bahan bacaan *sambil tersengguk* , kami paham yang ayat ni menjelaskan yang sapa2 yang Allah nak dia dalam kesesatan, maka orang lain tak akan sesekali dapt tolong dia keluaq dari kesesatan tu. setakat ni faham kan?? kan?? so kami dok pikiaq napa Allah nak biaq orang tu dalam kesesatan tanpa sebab.? hum. rupanya dah dijelaskan kat awal ayat ni. orang2 yang Allah nak dia dalam kesesatan tu adalah orang yang memang menunjukkan kekafiran dia n menerima kebatilan. sebab ap dia terima kebatilan? mesti sebab kebatilan tu memenuhi selera dia, memenuhi nafsu serakah dia kan. So, kebatilan tu akan menyebabkan hati2 depa ni dipenuhi noda2 hitam lagi melegam lalu menghijab gumpalan darah yang menjadi raja hati tu dari menerima cahaya kebenaran. hum... Awat wat muka borink? kena batang hidung sendiri ka? haha..
bila hati dah dihijab macam mana hidayah Allah nak sampai. So untuk keluarkan kita dari kelompok ni. selalulah sucikan hati, tolak kebatilan dan isytiharkan keimanan kita. sentiasalah beristighar dan zikir qalbi untuk hapuskan karat2 di persisir hati kta tuh!
Khulasatul qaul,
Jagalah hati jangan kau nodai,
jagalah hati cahaya hidup ini,
dan kalau kita rasa tiba2 nak jadi baik, percepatkan proses nak jadi baiktu, sebab tu lintasan hidayah Allah. rugi bapak la klau tak ambik.
sebab apa? hang sure ka yang hang boleh nak rasa jadi baik lagi esok, lusa, tulat? tak tentu lagi derr... coz hidayah tu milik Allah, bukan ikut kita je.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment