Monday, December 30, 2013

Mencari redha Ilahi

keep walking , searching for a shine ...








sila lihat ayat yang tertulis di sebelah situ , bukan gambarnya ..
seperti yang kita sendiri dah maklum , easier said than done  right ? memang susah nak taubat , tak tipu . orang sekarang lebih banyak ' tau buat ' berbanding ' taubat ' . sampai bila kita nak macam nih ?  bukanlah nak perlekehkan orang di luar sana , tp ini fakta dan peringatan untuk diri aku juga diri kalian . aku kesal , setiap pagi orang masih boleh bergelak tawa walaupun solat subuhnya entah kemana . aku kesal bila pagi seorang lelaki itu adalah pagi yang menyadarkan dia dari mabuknya , aku juga kesal bilamana pagi seorang perempuan itu adalah menjadi pagi bagi dia pulang kerumahnya dengan pakaian yang seketat ketatnya . aku sendiri masih terkial kial , mencari secebis kekuatan untuk aku sendiri menghadapi situasi seperti ini kelak . aku masih di kampung , masih boleh menghirup udara yang segar , masih boleh melihat anak anak perempuan menyarung manis tudung di kepalanya .. masih boleh mendengar deruman moto moto pakcik2 kat sini untuk ke masjid . Alhamdulillah . sungguh aku bersyukur . 

disini , bukanlah nak membebel , bukan jugak nak menegur , tetapi nak memperingatkan .. sebab dalam al-quran ada menyebut ..  

        "Maka berilah peringatan, sesungguhnya kamu hanyalah orang-orang yang memberi           peringatan" (Al-Ghasiyah:21)

Allah rindukan kita . sungguh aku tak tipu . lillahi ta'ala . setiap ujian yang kita hadapi tu lah tanda tanda yang Allah sedang rindu kat kita ..
sujud ditikar sejadah menjadikan kita insan yang mengakui doa yang telah kita lakukan terhadapnya ..
esakan tangis yang kita adukan takkan menjadi pengubah kepada sejarah yang lalu ..
tapi satu yang pasti .. menghimpunkan kesalahan diri pada Dia yang satu .. 
yang akan meyakinkan ketaubatan pada-Nya ..
cukuplah sekadar rasa kesal atau keinsafan yang ada dalam jiwa kita - alhamdulillah- 
kerana itu tandanya bahawa masih ada secebis cahaya iman dalam diri kita .. 
In Syaa Allah ..

last but not least ..

you can choose to be good ,
as much as you can choose to be bad .
semua hak masing-masing ,
hak kita sendiri ..

akhirul kalam ..

        " tiap2 jiwa pasti akan merasakan mati .. dan kami menguji dengan keburukan dan kebaikan ,
           dan kepada kami kalian dikembalikan "
                                                                                         (ayat 35 , surah al-anbiyaa' )

jadi kawan2 , selagi kita ada nafas nih , tuhan pasti akan duga kita . baik kita di dunia nih , tak menjanjikan apa2 , berusahalah untuk buang segala sifat mazmumah yang ada dalam diri , dan perlahan2 cuba untuk semai sifat mahmudah dalam sanubari .. ;)
ENGAT !! syurga itu luas .. siapa penghuninya kelak , bukan pada tangan kita untuk agihkan tiketnya (^_^)




No comments:

Post a Comment