Monday, December 30, 2013

bilamana solat tak terkesan di dasar hati ...

hasanah dunia vs hasanah akhirat 

in the of Allah the most gracious and the most merciful ..

amende tajuk atas tuh ? macam pelik jer .. haha .. now let me tell u .. 
hasanah dunia means kebaikan yang kita dapat waktu dok menyewa kat dunia nih .. hasanah akhirat pulak amende ? hum .. hasanah akhirat tuh means kebaikan yang kita dapat kat akhirat nanti lah ..
" errr .. bole tak kalo kita samakan hasanah dunia dengan fardu kifayah ? manakala hasanah akhirat pulak dengan fardu ain ? "
hum , bukan la nak kata tak bole , tapi kurang sinonim .. meh kita pikiaq dalam2 sikit ..
soal fardu ain macam solat , puasa , zakat and lain lain tuh if we done in a right way surely akan menjamin
ketenangan hati , kedamaian hidup berkeluarga dan keharmonian hidup bermasyarakat .. from that pon da kira hasanah dunia sebab kita dah nikmati benda tuh kat dunia lagi ..
soal fardu kifayah macam dalam bidang ekonomi , politil , ketenteraan , teknologi dan lain lain , kalo kita laksanakan dengan betol , mengikut kehendak syariat dan kita buat dengan penuh keikhlasan dalam hati , reality nya dah menjadi satu amal soleh and that's it hasanah akhirat bukan ?

jom diving dalam lagi ..
apa kita sedar hakikatnya soal fardu ain dan fardu kifayah kita masih belom selesai ??
fardu ain tuh merupakan satu tapak , manakala fardu kifayah tulah bangunan yang didirikan di atas tapak tuh .. bangunan yang kita bina akan jadi lemah kalau tapak kita bermasalah .. (tanah runtuh , bangunan roboh) ..
kita ambik bidang ekonomi sebagai contoh , why our economy are down ?? , ada pihak cakap sebab sikap monopoli segelintir bangsa melayu yang kaya raya , ada jugak yang habaq kata benda ni jadi sebab rasuah , malas , boros dan tamak .. well , kita sedar tak yang sebenarnya benda nih bole kita atasi dengan laksanakan solat dengan khusyuk . apa kita lupa ? solat itu mencegah kemungkaran . termasuklah kemungkaran dalam bidang ekonomi sekalipun !!
" errr .. jadinya orang yang mantap fardu ain je yang dapat betulkan fardu kifayah ?? "
InsyaAllah .. tapi , kalo kita tengok sekarang nih , ada je kan orang2 yang alim , tapi perniagaan depa lingkup .. kenapa pulak ?? in this case maybe sebab ada something wrong pada solat dia yang bagi impak besar dalam perniagaan yang dia usahakan ..

jangan stop lagi , ada lagi yang kita kena tahu ..
kita sedar tak yang solat nih actually melahirkan output positif dalam diri kita ?
kalo kita jaga solat kita dengan sempurna , maka akan terserlahlah kelakuan kelakuan yang baik hasil daripada solat kita tadi tuh ...
dapat kita ringkaskan macam nih .. solat adalah satu proses yang melahirkan output positif dalam perlakuan manusia . solat merupakan latihan untuk memfokuskan hati bagi mengingatkan kita pada yang satu . solat jugak melatih kita untuk sentiasa menepati waktu , mendisiplinkan diri , menjaga kebersihan dan lain lain nilai murni yang baik ..
tapi , pelik jugak sebab ramai ja yang solat , tapi tak berdisiplin langsung ! janji pun tak bole dipegang ! kata2 dia pun takleh nak dipercayai .. kenapa pulak ??
itu sebabnya , solat dia langsung tak terkesan di hati dia .. means , rasa kehambaan dia tuh bukanlah takde , tp mungkin kurang .. rasa kehambaan ni mcm rasa kagum , hina , takut , harap dan malu seorang hamba ketika dia menyembah penciptanya dalam solat.. tanpa rasa kehambaan kita umpama jasad tanpa roh ..

sah ke solat macam tadi tuh ??
boleh jadi ianya sah , tapi tak terkesan dalam hidup dia ..
kerana hanya solat yang khusyuk dan penuh rasa kehambaan yang akan memberi kesan kepada keperibadian seseorang ..

jadi kawan2 ..
ingatlah . solat tu penting . sangat penting !!
assalamualaikum ..



#asharefrombedukdiketuk'sbook :)

No comments:

Post a Comment